Kaunseling
Apa itu kaunseling?
Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan
merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor
akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan
membimbingnya supaya, menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih
sedar tentang kelebihan dan kekurangannya kebolehan , kemampuan dan
keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi
dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya.
Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat
rancangan untuk masa depannya.
Bidang Tugas Guru dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat
utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang
disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan
tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan
komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.
(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling
secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat
latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul
Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan
universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).
Kaunseling
ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi
nasihat.
Dalam
proses
menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang
profesional dengan
klien
dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi
lebih sedar
tentang
kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien
akan
dibimbing
supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang
lain dan
suasana
yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti
hidupnya
lalu
boleh membuat rancangan untuk masa depannya.
Tugas-tugas
yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program
bimbingan
yang
dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut
ini bukan
mengikut
keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan
pelajar, sekolah
dan
komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.
(Guru
yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam
konteks ini
bermaksud
guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan
kaunseling
dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut
Perguruan Darul
Aman,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan
universiti-universiti di luar
dan di
dalam negeri yang lain).
Tugas Ketua Bimbingan dan
Kaunseling
1. Inventori Individu Dan Rekod
a) Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar.Bertanggung jawab mengumpul dan
merekodkan
butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
b) Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk
tujuan kaunseling.
c) Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod
pelajar.
d) Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi
pembelajaran pelajar
bermasalah untuk tujuan
pemulihan.
e) Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang
difikirkan perlu atau berguna
untuk membantu perkembangan diri pelajar.
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.
a) Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan
dan pelajaran kepada
pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster,
hari kerjaya, pameran kerjaya dan
buletin sekolah.
b) Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang
latihan, pelajaran, sosial dan
peribadi.
c) Memberi
maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan
dengan
tepat
d) Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang
perusahaan atau tempat pekerjaan
lain.
e) Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang
diperlukan oleh guru-guru dan
anggota masyarakat.
f ) Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
merokok dan inhalen.
3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
a) Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling
kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri,
vokasional, kognitif-afektif,
psikososial, fizikal-seksual dan moral agama
pelajar.
b) Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan
dan kaunseling tunjuk ajar
mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok
tertentu, misalnya masalah disiplin,
masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti
yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar
dari semasa ke semasa.
c) Membantu
pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan
STPM.
d) Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan
menyelia aktiviti mereka.
4. Perkhidmatan Kaunseling
:a) Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai
-Pencapaian akademik yang tidak
memuaskan.
-Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang
lain.
-Kerjaya, pelajaran dan
peribadi.
-Tidak turut serta dalam aktiviti
ko-kurikulum.
-Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok,
bertumbuk dan menggunakan dadah
dan bahan inhalen.
b) Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru
kaunseling boleh mengendalikannya
c) Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan
kelas untuk mengajar
perkara - perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai,
kemahiran-kemahiran
berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar
diri dari tercebur dalam
penggunaan dadah dan inhalen.
5. Perkhidmatan Penempatan
a) Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan
kebolehan, minat kerjaya pilihan dan
kemampuan.
b)Penempatan pekerjaan:
-Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman
bekerja (jika program
seumpama ini diadakan).
-Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan
sistem memperoleh
data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar
lepasan sekolah vokasional dan
teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan
teknik).
-Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.
6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
a) Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau
kaunseling tunjuk ajar dalam
menanam
dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen
b) Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan pemulihan dan
rawatan.
c) Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada
kementerian atau jabatan
Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat
sekolah.
7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
a) Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan
soal peribadi, kerjaya, pelajaran
dan sebagainya apabila diminta.
b) Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan
mendalam mengenai program
bimbingan di sekolah.
c)Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan
pelajar.
d)Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk
meningkatkan prestasi
perkhidmatan bimbingan disekolah.
e) Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan
sekali untuk mengawasi
kemajuan pelajar.
f) Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes
seperti penagihan dadah kepada
agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar
kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan
sebagainya.
8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
a) Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar
di antara sekolah dengan agensi
lain.
b) Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum.
c) Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan
orang-orang kenamaan tempatan dalam
program bimbingan di
sekolah.
d) Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan
lagi aktiviti-aktiviti bimbingan
kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.
9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
a) Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi
kemajuan pelajar
terutamanya dalam pelajaran.
b) Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak
memuaskan.
c) Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa
pelajar baru.
d) Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin
di kalangan pelajar.
e) Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah
yang dihadapi pelajar berpunca
daripada keluarga.
10. Perkhidmatan Penilaian
a) Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk
membaikinya seperti Pembimbing
Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem
Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi
pelajar.
b) Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat
sekolah.
11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi
a) Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan
dan kaunseling, seorang guru
bimbingan dan kaunseling juga hendaklah
menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan
kaunseling,
mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat,
pengelolaan
unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan
aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh
jawatankuasa Penyelaras Aktiviti,
Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.
Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus
perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai
staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.
Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling
1. Membantu dalam
mengendalikan inventoori, individu dan rekod.
2. Membantu dalam
perkhidmatan memberi maklumat.
3. Membantu dalam
perkhidmatan bimbingan kelompok.
4. Membantu dalam
perkhidmatan kaunseling.
5. Membantu dalam
perkhidmatan penempatan.
6. Membantu dalam perkhidmatan
mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
7. Membantu dalam
perkhidmatan konsultasi dan rujukan.
8. Membantu dalam
perkhidmatan penyelarasan resos.
9. Membantu dalam
perkhidmatan penilaian.
10. Membuat pesanan dan
membuat stok bahan-bahan bimbingan.
11. Membantu menghasilkan
dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan seperti poster, risalah,
dokumen, berita, slaid dan pita video.
Tugas Guru-guru lain dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :
1. Membantu mengenal pasti
pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling.
2. Membantu mengumpul
data mengenai profil pelajar.
3. Membantu memberi
bimbingan 'tunjuk ajar'.
4. Membantu memberi
maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa.
5. Membantu melaksanakan
program dan aktiviti pelajar.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di
sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk
membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin
sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS
ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan sesuai yang , Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan sesuai yang , Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.
Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
1. Merapati rakan sebaya
dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru
bimbingan dan kaunseling.
2. Menjadi pendengar
yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam
keadaan krisis.
3. Memberi penjelasan
mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan
pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling
dengan persetujuan mereka.
4. Membantu pelajar yang
menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
5. Membantu guru
bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
6. Membantu dalam
memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan
dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
7. Membantu dalam
melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang
baru.
8. Membantu dalam
aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah,
perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada
kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.
9. Menjadi penggerak
kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah.
Peringkat : Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Pegawai Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)
1. Menyediakan rancangan
tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti
keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian
keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang,
mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia,
menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui
sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan
melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana
dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan
beretika.
7. Merancang, melaksana,
mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8. Merancang, melaksana,
mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran
elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.
9. Merancang, melaksana,
mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah,
inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang,
menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di
institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana,
mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan
rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan
Dadah.
12. Merancang, melaksana,
mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru,
kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian
aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh
bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
14. Merancang, menyelaras
dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia
kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak
utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan
profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat
kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang
memerlukannya.
18. Menjadi personel
perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli
jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli
jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
21. Menjadi penyelaras
dalam program mentor-mentee sekolah
22. Menjadi penyelaras
dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya
diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah melalui kajian keperluan ,
soal selidik , temu bual dan
perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa
dan bekas pelajar .
3. Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori
pelajar.
4. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling
kepada semua pelajar melalui
sebarang media yang sesuai .
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
kelompok dan tunjuk ajar (instructional)
yang merangsang perkembangan
pelajar secara optimum
6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling
individu secara profrsional dan
beretika.
7. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar
untuk semua pelajar
8. Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan
aktiviti pemilihan mata pelajaran
elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian
Bulanan
9. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti pendidikan pencegahan dadah ,
rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah terpilih.
11. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti perkhidmatan konsultasi dan
rujukan berhubung Bimbingan dan
Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti konferens dengan ibu bapa,
guru,kakitangan bukan guru dan agensi
kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan
perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh
bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadidan siapa sahaja yang
memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi
luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum
sekolah.
20. Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah
21. Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar
seperti kolokium, motivasi. kem
jaya diri , kursus ketatanegaraan dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment